Hari ni sekolah ku cuti sempena Good Friday. Tetapi kami tetap perlu
datang ke sekolah kerana perlu menjalani latihan uniform PKBM di
Kem Terendak. Pada 8.15 pagi truck askar tiba di sekolah untuk membawa
kami ke sana..satu jam selepas itu kami pun tiba di Kem Terendak. Pada
9.30pagi kami pun pergi ke padang kawad yang berlantaikan tar. kami
hingga pukul 12.00 tngah hari. sebelum mula kawad disitu aku trasa pitam
sikit dngan keadaan dlm truck tdi... kami pun beratur untuk mengambil
senapang m-16 untuk kegunaan kawad tetapi senjata tidak mencukupi
untuk aku =,=".. tetapi nseb ada senjata lebih.. kami pun brlatih lah kawad
sehingga matahari panas terik yang menggigit kepala huhu.. selapas tu kami
diberi rehat buat sementara dengan memberi air kopi dan roti untuk mengalas
perut. Selapas rehat kami pun sambung balik berkawad dan ketika hendak mengangkat
senapang terasa panas yang teramat sangat senapang tu sebab sudah berjemur
di tengah padang kawad huhu...kami pun sambung lah berlatih kawad kaki dan
kawad senjata di bawah matahi yag terik sehingga pukul 12..selepas itu kami
pun pulang..Kami tiba kembali di sekolah pada pukul 1.16p.m .. kami pun teros
gi lepak kat Dataran Pahlawan..ketika kami merayau rayau dengan uniform askar
yang lengkap no.5 tiba tiba seorang mat salleh memanggil kami " hey boys! come here"
aku ngan kawan2 aku pun pergilah kat dia . Dia pun keluarkan dompet dia dan tunjukkan
gambar kahwin dia dan dia beritahu kami yang dia tu bekas Sarjan Mejar di Paris
suatu ketika dahulu.. ketika dia berbual bual ngan kami dia pun tanye
"who train u all army?" kami pun menjawab "Kem Terendak" dia pun excited dan
berkata "owh Terendak Camp!, when i was young i lived in terendak camp because
my father was a soldier in British time, long ago.." dia pun tanye lagi "can u show
me where the Terendak Camp? because i want to go that place.. is it near Klebang?"
kami pun jawab " yes ! n u must go through sungai udang" dia pun berkata
"what su--ngai u--deng? owh, can u spell it for me?" kami pun tolong lah
mat salleh tu n dia pun teros berbual tak henti ngan kami sampai ada kawan aku
yang berada di blakang tepi kanan mat salleh tu, kawan aku ikot pergerakan mat salleh
tu sebab bengang dia ckp non stop haha..Tapi yang bagos nye mat salleh tu banyak
memberi nasihat kepada kami supaya belajar dengan bersungguh-sungguh ...selepas abis berbual kami pun bersalam salaman dengan mat salleh sambil menanyakan namanye dan
dia beritahu nama nye ada lah 'Jorge'...mat salleh tu jugak sebenarnye jurulatih
seorang pemain badminton England yg berbangsa india di sana.Dia juga mempunyai
baju yang ditandatangani oleh pemain2 badminton terkenal malaysia seperti
Dato' Lee Chong Wei dan baju itu sedang dilelong di E-bay, lelongan baju itu setakat
ini sudah mencecah 1000 dolar dan dia berkata yang dia ingin mendermakan duit itu kepada
golongan susah yang memerlukan kerana dia ingin melihat generasi baru berjaya dlm hidup.
baik nye hati mat salleh ni ehh... urm kami pun teros merayau rayau kembali tetiba terserempak ngan mat salleh tu dan dia berkata kepada kami dngan sepintas lalu "everyday u must practice push up about hundred a day and increase another hundreds after a week" haha kami pun tergelak sebab nak push up 20 kali pun dah mcm nak mati hahaha....anyway ingin ku ucap kan terima kasih sangat2 sebab dia sudi brkongsi cerita idop nye dan mengambil berat tentang kami :-D


