BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 13, 2012

Lain Daripada Yang Lain (rambut)

Hari ni gi sekolah saya buat rambut terbelah tengah sebab nk ikut style player Germany Mesut Özil le katekan. Sumpah skema giler dan nasib disebabkan rambut skema ni saya terlepas dari kene tahan oleh pengawas yg tengah check rambut pelajar yg panjang.. Lepas tu ketika naik tangga, budak2 cina gelak mcm owang giler disebabkan perbezaan saya hari ni.. Siak Betol -,-" .. Dalam kelas ada budak2 melayu yang puji tapi mungkin sindir kowt. Then, lepas sekolah saya gi terangkatkan rambut ni kat toilet Dataran Pahlawan... Masa melepak kat Mc'D tunggu my mom sampai, ada cikgu ni puji saya nampak smart hari ni ^_^ hehe

Tuesday, November 22, 2011

Pertama kali Jaring Tiga Gol Dalam sehari















Kasut futsal terbaru saya Nike Mercurial tidak menghampakan saya membelinya kerana saya berjaya menjaringkan tiga gol dalam sehari pada hari ketiga menggunakannya :)

#Satu Permulaan yang baik ~

Sunday, November 20, 2011

My First Futsal Shoes...









































Kasut futsal pertama saya :).

sebenarnya saya ni baru sahaja berjinak-jinak dalam sukan futsal dan selepas dari hari demi hari bermain futsal, terasa ia sesuatu sukan yang agak seronok~..

Suatu hari saya terfikir untuk memiliki sepasang kasut futsal sendiri sehingga keesokan harinya saya pergi ke kedai Al-Ikhsan selepas habis sekolah untuk survey harga harga kasut disitu.

Saya kembali berfikir tentang duit yang saya simpan ni sepatutnya digunakan untuk membeli kasut Supra tetapi saya membatalkan niat saya yang sebelum ni kerana saya sudah berminat terhadap sukan futsal...

Masa itu saya berminat giler kat kasut Nike T90 Laser 3 tetapi kawan saya mencadangkan supaya saya memilih Nike Mercurial kerana ia jauh lebih ringan.....

Dua hari selepas itu ayah saya telah membawa saya ke kedai sukan untuk membeli kasut futsal tersebut. Kawan saya bernama Faiz Hazim yang memberi cadangan turut saya ajak untuk ikut saya kerana dia lebih matang dalam sukan futsal berbanding saya..

Di kedai tersebut: Selepas tengok punya tengok kasut disitu, akhirnya saya memilih untuk membeli Nike Mercurial seperti yang dicadangkan oleh kawan saya sebelum ini. Saya pulang dengan keadaan Happy sekali...

Saya menguji kasut tersebut pada hari pertama dan ia benar-benar meningkatkan performance saya dalam sukan futsal dan saya juga turut dapat kawan-kawan baru disebabkan kehebatan kasut tersebut :)

Friday, September 2, 2011

my first skinny pants...


hahaha nk kata klakar ada tapi nk kata smart pun adew...kalo dulu aku tak suka sluar skinny ni.... owang yg pakai sluar mcm 2 pun aku tak suka tapi sejak aku pakai Supra Shoes, aq rasa kalo kasut tu tak pakai ngan skinny pants mcm klakar je... jadi aku pergilah Dataran Pahlawan ngan kakak aku sebab nk beli sluar ni... kat kedai tu mcm2 fesyen sluar skinny ade... selepas puas pilih, akhirnye aku amek lah yg aku minat ni... skinny yg aku beli ni berkaler hitam dan bila kene cahaya matahari ia jadi berkilat sangat -,-" haha pelik je.... tapi pape pun akhirnye aq minat ngan sluar skinny plak hehe...

hari raya 2011

tahun demi tahun, aku rasa kan raya semakin bosan... tahun ni mercun pun tidak aku main lagi kerana aq merasakan bermain mercun itu macam bakar duit je.... duit raya tahun ni pun tak banyak.... hmmm raya makin bosan... huhu :-(

Friday, April 22, 2011

berlatih macam nak mati

Hari ni sekolah ku cuti sempena Good Friday. Tetapi kami tetap perlu

datang ke sekolah kerana perlu menjalani latihan uniform PKBM di
Kem Terendak. Pada 8.15 pagi truck askar tiba di sekolah untuk membawa
kami ke sana..satu jam selepas itu kami pun tiba di Kem Terendak. Pada
9.30pagi kami pun pergi ke padang kawad yang berlantaikan tar. kami
hingga pukul 12.00 tngah hari. sebelum mula kawad disitu aku trasa pitam
sikit dngan keadaan dlm truck tdi... kami pun beratur untuk mengambil
senapang m-16 untuk kegunaan kawad tetapi senjata tidak mencukupi
untuk aku =,=".. tetapi nseb ada senjata lebih.. kami pun brlatih lah kawad
sehingga matahari panas terik yang menggigit kepala huhu.. selapas tu kami
diberi rehat buat sementara dengan memberi air kopi dan roti untuk mengalas
perut. Selapas rehat kami pun sambung balik berkawad dan ketika hendak mengangkat
senapang terasa panas yang teramat sangat senapang tu sebab sudah berjemur
di tengah padang kawad huhu...kami pun sambung lah berlatih kawad kaki dan
kawad senjata di bawah matahi yag terik sehingga pukul 12..selepas itu kami
pun pulang..Kami tiba kembali di sekolah pada pukul 1.16p.m .. kami pun teros
gi lepak kat Dataran Pahlawan..ketika kami merayau rayau dengan uniform askar
yang lengkap no.5 tiba tiba seorang mat salleh memanggil kami " hey boys! come here"
aku ngan kawan2 aku pun pergilah kat dia . Dia pun keluarkan dompet dia dan tunjukkan
gambar kahwin dia dan dia beritahu kami yang dia tu bekas Sarjan Mejar di Paris
suatu ketika dahulu.. ketika dia berbual bual ngan kami dia pun tanye
"who train u all army?" kami pun menjawab "Kem Terendak" dia pun excited dan
berkata "owh Terendak Camp!, when i was young i lived in terendak camp because
my father was a soldier in British time, long ago.." dia pun tanye lagi "can u show
me where the Terendak Camp? because i want to go that place.. is it near Klebang?"
kami pun jawab " yes ! n u must go through sungai udang" dia pun berkata
"what su--ngai u--deng? owh, can u spell it for me?" kami pun tolong lah
mat salleh tu n dia pun teros berbual tak henti ngan kami sampai ada kawan aku
yang berada di blakang tepi kanan mat salleh tu, kawan aku ikot pergerakan mat salleh
tu sebab bengang dia ckp non stop haha..Tapi yang bagos nye mat salleh tu banyak
memberi nasihat kepada kami supaya belajar dengan bersungguh-sungguh ...selepas abis berbual kami pun bersalam salaman dengan mat salleh sambil menanyakan namanye dan
dia beritahu nama nye ada lah 'Jorge'...mat salleh tu jugak sebenarnye jurulatih
seorang pemain badminton England yg berbangsa india di sana.Dia juga mempunyai
baju yang ditandatangani oleh pemain2 badminton terkenal malaysia seperti
Dato' Lee Chong Wei dan baju itu sedang dilelong di E-bay, lelongan baju itu setakat
ini sudah mencecah 1000 dolar dan dia berkata yang dia ingin mendermakan duit itu kepada
golongan susah yang memerlukan kerana dia ingin melihat generasi baru berjaya dlm hidup.
baik nye hati mat salleh ni ehh... urm kami pun teros merayau rayau kembali tetiba terserempak ngan mat salleh tu dan dia berkata kepada kami dngan sepintas lalu "everyday u must practice push up about hundred a day and increase another hundreds after a week" haha kami pun tergelak sebab nak push up 20 kali pun dah mcm nak mati hahaha....anyway ingin ku ucap kan terima kasih sangat2 sebab dia sudi brkongsi cerita idop nye dan mengambil berat tentang kami :-D

Friday, April 1, 2011

Malaysia Bieber Fever , April


grrr bulan april memang betol2 bieber fever untuk belieber

di malaysia sebab movie Never Say Never dan concert
Justin Bieber My World Tour di malaysia turut akan berlaku dlm
bulan ni....grr...